PESANAN PENAJA

Thursday, August 19, 2010

Puff pastry


Ready made puff pastry RM3.19 10 keping (ada kat tesco)

sardin puff (versi Cik Suraya)


sosej puff versi isratun

Salam....
Semalam selepas dipengaruhi oleh Cik Suraya i pun beli ready made puff pastry dan godeklah ia... sangat mudah dan cepat.... ikutilah resepi nya


bahan-bahan:-
puff pastry
sosej (dikukus/celur dgn air panas)
mayonis
sos cili
1 biji kunig telur dan 1 sudu besar susu sejat/full cream

cara-cara:-
1. Belah puff pastry kepada dua bahagian.
2. Bahagian pertama diletakkan belahan sosej dan disapukan mayonis dan sos cili.
3.Satu bahagian pastry lagi dikelar jgn sampai putus dan diletakkan atas sosej tadi.
4.tekan bahagian tepi pastry dgn hujung garfu.
5. akhir sekali sapu bahagian permukaan atas pastry dengan bancuhan kuning telur dan susu.
6.Bakar pada suhu 190' selama 15-20 minit

inti juga boleh diubah ikut kesukaan anda, Cik Suraya guna inti sardin....




suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

No comments:

Post a Comment

IKLAN