PESANAN PENAJA

Thursday, August 12, 2010

Murtabak Maggi

Salam...
Semalam menu berbuka amat simple.... murtabak maggi... memang simple tetapi amat mengenyangkan... nak resepi cara isratun??? resepi nih boleh dapat 2 in 1.... maggi goreng dan murtabak maggi...
ini caranya:-

bahan-bahan:-
4 keping maggi (dicelur dan ditoskan)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
3 ulas bawang merah (cincang halus)
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2-3 sudu kicap manis
250gm dada ayam (potong dadu)
garam secukupnya
carrot (dipotong nipis dan memanjang)
daun bawang
daun sup

cara-cara:-
1. Tumis bawang yang dicincang hingga garing.
2. Masukkan daging ayam dan masak seketika hingga ayam kecut.
3. Tolak ayam ketepi kuali, masukkan pula cili giling, sos tiram dan kicap manis.
4. Masak hingga agak kering dan kemudian masukkan maggi, carrot dan garam. Gaul rata.
5. Bila dah sekata maggi dan bahan tumisan tadi bolehlah di tabur daun bawang dan daun sup.

Siap satu menu... maggi goreng... (ini menu utk anak-anak)
seterusnya resepi murtabak maggi:-

Bahan-bahan:-

maggi goreng tadi
3 biji telur
1 labu bawang besar dihiris halus dan memanjang (bahagikan 3 bhgn)

cara-cara:-
1. Pecahkan telur sebiji dalam bekas,
2. Masukkan bawang besar dan maggi sesenduk.
3. Kalau suka boleh masukkan sikit rempah kari.
3. panaskan kuali kecil yang comel (seperti gambar dibawah)
4. masukkan semua bahan yang siap diadun tadi dalam kuali.
5. bila garing boleh dialihkan, masak guna api perlahan kerana takut bahagian tengah tak masak.
6. Ulang langkah yang sama untuk sediakan sebiji demi sebiji murtabak anda...

resepi jeruk bawang:-
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil sos cili
garam dan gula secukupnya

cara-cara:-
1. gaulkan semua bahan dalam 1 bekas
2. simpan seketika dalam peti sejuk..




suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

No comments:

Post a Comment

IKLAN