PESANAN PENAJA

Tuesday, August 31, 2010

CUPCAKE- oren dan srawberry

CUPCAKE oren dan strawberry RM0.40 sebiji

Salam...
ini pula ode dari Pn. Juliana, nak 90 biji cupcake... Saya buat dua perasa oren dan strawberry... thanks... suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

PLAIN CARROT CAKE (kukus)

PLAIN CARROT CAKE +-600gm RM15.00

Salam...
Last week Kak Aleza minta saya buatkan carrot cake kukus, tak nak letak topping... so nilah dia hasilnya.... tak dak sebarang hiasanlah.... enjoy and thanks.... resepinya:-

Bahan-bahan:-
250gm butter
150gm gula halus
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
230gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
400gm carrot diparut, celur dan toskan
50gm kismis

cara-cara:-
  1. Panaskan kukusan
  2. Putar butter dan gula hingga gebu
  3. Masukkan telur satu persatu dan terus putar
  4. Masukkan esen vanilla
  5. Ayak tepung gandum,baking powder dan serbuk kulit kayu manis.
  6. Masukkan tepung tadi dalam adunan butter tadi dan kacau rata kaedah kaup balik
  7. Masukkan pula carrot dan kismis dan kacau lagi juga kaedah kaup balik
  8. Lapik loyang 10 inci lebar dengan kertas minyak dan tuang adunan, kemudian cover loyang dengan aluminium coil.
  9. Kukus selama 50 minit.
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Sunday, August 29, 2010

BISKUT BUNGA CINA

Salam...

Berikut resepi yang selalu saya guna, belajar pun dari mak sedara... dia buat bisness kuih nih...

Bahan-bahan:-

800gm tepung jagung

505gm susu pekat manis (1 tin)

250gm buttercup (pada suhu bilik)

ceri utk hiasan secukupnya

Cara-cara:-

  1. Masukkan tepung jagung dalam bekas utk menguli
  2. Tebuk lubang pada tin susu dan tuang dalam bekas tepung tadi sambil mengacau rata.
  3. Selepas habis susu dituang, pastikan adunan tidak berketul sebelum masukkan butter.
  4. Gaul dan uli hingga lembut.
  5. guna acuan samprit dan tekan adunan ini.
  6. bakar pada suhu 170' selama 20-25 minit.
SELAMAT MENCUBA
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Buttercream icing

Salam...
Hari ni atas permintaan saya nak kongsi resepi Buttercream yang saya ikut....

Bahan-bahan:-
250gm mentega
300gm krimwell
200gm glucose syrup
240gm gula icing (boleh kurang jika tak suka manis)
1 sudu besar esen vanilla

Cara-cara:-
1. Putar mentega dan krimwell hingga kembang.
2. Masukkan gula icing dan putar lagi hingga putih.
3. Akhir sekali masukkan glucose syrup dan esen, putar lagi hingga gebu dan berkilat...

resepi ini sesuai utk sapuan atas kek dan simple decoration... kalau nak buat bunga dan daun sila guna semua icing sugar dan elak glucose syrup.... kalau terlalu soft bunga dan daun tak menegak cantik.... selamat mencuba... suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Friday, August 27, 2010

KEK COKLAT KUKUS - suriani

kek coklat kukus + edible small +- 1kg RMRM27.50
kek coklat kukus + edible image large +-1kg RM30.00

kek coklat kukus utk mkn-2
Salam....
2 biji tempahan kek dari Pn. Suriani utk anak lelaki tunggalnya Danish... happy birthday Danish... moga membesar bagai johan ok.... terima kasih...

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Wednesday, August 25, 2010

FRUIT FLAN CAKE




fruit flan cake +-800gm RM18.00

Salam...
semalam juga siapkan 3 biji fruit flan cake small size (+-800gm)... 2 biji ode dari student... dan sebiji ode dari Pn Aida Zuraina... terima kasih

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

KEK COKLAT KUKUS-simple

kek coklat kukus +-500gm RM13.00

Salam...
Ini tempahan dari Pn. Aida (HEP) untuk birthday anaknya.... selain kek ini Pn aida juga ode kek coklat kukus dlm palstic container RM12.00 (+-600gm)... terima kasih

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Ulangtahun-ust asmah dan suami

Kek coklat kukus + icing flower +-1kg RM30.00

Salam...
Ini tempahan dari ust Asmah (sek seri penanti) utk ulangtahun ke-19 beliau... nak romantik sikit letak bunga... harap ulangtahun kali ini amat bermakna.... tahniah semoga terus kekal bahagia.... tq
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Tuesday, August 24, 2010

MUFFIN

Muffin blueberry RM1.00 satu

Salam...
ini pula muffin yang dipesan oleh Cik Aleza sebanyak 35 biji. untuk disedekah kat student katanya.... semua berinti blueberry filling... tq cik aleza.... suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Shortbread- Pn Noorul

shortbread RM15.00 50 biji

Salam...
Ini shortbread yang dipesan Pn. Noorul... mungkin awal lagi nak raya kan... tapi kuih ni nak dikirim ke kampung.... hari ni lepas validasi nak ambik... tq suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

FRUIT FLAN CAKE-Pn. Marsitah


fruit flan cake +-800gm RM18.00
Salam...
hari ni sempat snap gambar guna h/p cik suraya... dalam kekalutan handle proses validasi dan cerapan nih lupa nak bawa Camera... anyway thanks to Pn. MArsitah ode 2 biji fruit flan cake nie...

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Monday, August 23, 2010

Jejari Oat

gambar pinjam yer, nanti saya snap gambar sendiri


Salam...
Alhamdulillah hari ini nak berkongsi resepi Jejari Oat, resepi ini saya dapat dari Pn. Mariam..

Bahan A:-
170gm Butter
1 biji kuning telur
2 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu kecil esen vanilla
85gm gula halus

Bahan B:-
150gm Tepun superfine/gandum (ayak)
125gm Oat ( dibakar dan dimesin kasar)
25gm Nestum (dimesin kasar)
20gm serbuk koko (ayak)

Hiasan:-
1 cawan susu tepung
1/2 cawan gula ising

cara-cara:-
1. Pukul bahan A hingga kembang
2. Masuk bahan B, gaul sebati
3. Canai dan terap ikut saiz dan bentuk digemari
4. Bakar selama 20-25 minit 180'c
5. Biarkan sejuk dan salut dengan campuran susu dan gula icing.

selamat mencuba..
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Saturday, August 21, 2010

FRUIT FLAN CAKE-adiebah


fruit flan cake +- 800gm RM18.00
Salam...
ini juga tempahan dari Pn. Adiebah utk berbuka puasa umah mertua... harap berpuashati... terima kasih...

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

KEK COKLAT KUKUS - adiebah

kek coklat kukus 1/2kg RM13.00

Salam...
Hari ini siapkan dua biji kek tempahan dari Pn Adiebah utk adik iparnya... semoga hari jadi lebih meriah dengan adanya kek simple ni yek... Selamat Hari Jadi Teh... suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Thursday, August 19, 2010

Puff pastry


Ready made puff pastry RM3.19 10 keping (ada kat tesco)

sardin puff (versi Cik Suraya)


sosej puff versi isratun

Salam....
Semalam selepas dipengaruhi oleh Cik Suraya i pun beli ready made puff pastry dan godeklah ia... sangat mudah dan cepat.... ikutilah resepi nya


bahan-bahan:-
puff pastry
sosej (dikukus/celur dgn air panas)
mayonis
sos cili
1 biji kunig telur dan 1 sudu besar susu sejat/full cream

cara-cara:-
1. Belah puff pastry kepada dua bahagian.
2. Bahagian pertama diletakkan belahan sosej dan disapukan mayonis dan sos cili.
3.Satu bahagian pastry lagi dikelar jgn sampai putus dan diletakkan atas sosej tadi.
4.tekan bahagian tepi pastry dgn hujung garfu.
5. akhir sekali sapu bahagian permukaan atas pastry dengan bancuhan kuning telur dan susu.
6.Bakar pada suhu 190' selama 15-20 minit

inti juga boleh diubah ikut kesukaan anda, Cik Suraya guna inti sardin....




suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Tuesday, August 17, 2010

FRUIT tart-cream

hehehehe pinjam gambar dan resepi dari joyofbaking.com

Salam...
Hari ini nak sambung resepi fruit tart hari tu yang tak sempat abis... hari ini nak citer pasal cream pula, kalau malas boleh beli instant custard beli dari Ez Bake (Taman Kota Permai). sgt senang, didihkan susu then masukkan instant custard tuh.. kacau sat then siap utk digunakan.
kalau nak buat sendiri boleh tengok resepi kat bawah.

bahan-bahan:-

300ml full cream/fresh milk

3 biji telur (merah shj)

50gm gula halus

20gm tepung gandum

20gm tepung jagung

1/2 sudu kecil vanilla essence

cara-cara:-

1. Kacau telur merah bersama gula sebentar
2. Ayak tepung gandum serta tepung jagung dan satukan dalam bancuhan telur tadi, kacau sebati jgn berketul.
3.Panaskan susu dan vanilla essence dalam bekas lain hingga mendidih.
4. Tuang susu panas ke dalam adunan telur dan tepung tadi sedikit demi sedikit hingga sebati.
5. Masak kembali adunan tadi hingga mendidih lagi sekali sambil mengacau.
6. bila adunan mula melikat dan berkilat bolehlah ditutup api.
7. biarkan sejuk sedikit sebelum di sapu @ guna piping bag untuk meletakkan dalam pastry tart.
8. Hiaskan tart anda dengan hirisan buah-buahan segar... untuk membangkitkan lagi sapu "jelly"(boleh dpt dari kedai kek) atas buah-buahan.

tips:- untuk mengelakkan pastry meresap cecair dari cream tadi, eloklah sapu satu lapisan sederhana coklat masakan yang dicairkan atas pastry... then barulah pipingkan cream tadi...

cara ini menjamin pastry anda kekal ranggup...

Selamat mencuba
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Monday, August 16, 2010

KEK COKLAT KUKUS -1/2KG

kek coklat kukus with cherry 1/2kg RM15.00

Salam...
Semalam siapkan sebiji kek comel utk Pn. Hanan... lain-lain ialah kek comel RM3.00 satu... semoga hari jadi Suami Pn. Hanan akan lebih ceria... terima kasih



suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Sunday, August 15, 2010

FRUIT FLAN CAKE



fruit flan cake +- 800gm RM18.00

Salam...
petang ni, dalam kesibukan menyediakan juadah berbuka yang ala kadar, siapkan sebiji fruit flan cake saiz kecil tempahan dari pelajar... terima kasih kerana sudi menempah kek dengan saya.... enjoy ok....
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Saturday, August 14, 2010

FRUIT TART




Salam....
setelah sekian lama menyimpan niat... akhirnya berjaya juga buat fruit tart... not bad for the first time trial.... rasa sama ja mcm yg dok beli kat damiral... hehhehe terlebih puji pulak... takpa actually ni salah satu kepuasan utk diri sendiri juga... mana pun ikuti kelas memasak tart nih... just ikut resepi, kira ok apa.... jom kongsi resepi...
actually resepi nih dapat dari chef masa pi beli barang kat easy bake (tmn kota permai) very friendly... pi masa tu dengan Cik Suraya kita...
bahan-bahan utk doh:-
240gm tepung gandum rose
15gm susu tepung
60gm gula castor
40gm telur yg dipukul (sebiji telur gred B)
170gm butter
1 sudu kecil vanilla assence
cara-cara:-
1. satukan semua bahan kering
2. telur yang dipukul tadi dicampurkan dengan vanilla assence, pukul hingga sebati
3. masukkan telur dan butter kedalam bahan kering dan uli sebati
4. tak perlu terlalu lama menguli, asal semua bahan sebati oklah...
5. balut atau letak doh dlm bekas bertutup
6. rehatkan doh dalam peti selama 1 jam
7. keluarkan doh dan tekan dalam loyang dan bakar pada suhu 170'c selama 15-20 minit
8. adunan nih saya dapat hasilkan 25-28 biji saiz sederhana
cukuplah hari ini saya kongsi pasal doh... nanti lapang saya tambah pula utk custard ya....
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Thursday, August 12, 2010

Murtabak Maggi

Salam...
Semalam menu berbuka amat simple.... murtabak maggi... memang simple tetapi amat mengenyangkan... nak resepi cara isratun??? resepi nih boleh dapat 2 in 1.... maggi goreng dan murtabak maggi...
ini caranya:-

bahan-bahan:-
4 keping maggi (dicelur dan ditoskan)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
3 ulas bawang merah (cincang halus)
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2-3 sudu kicap manis
250gm dada ayam (potong dadu)
garam secukupnya
carrot (dipotong nipis dan memanjang)
daun bawang
daun sup

cara-cara:-
1. Tumis bawang yang dicincang hingga garing.
2. Masukkan daging ayam dan masak seketika hingga ayam kecut.
3. Tolak ayam ketepi kuali, masukkan pula cili giling, sos tiram dan kicap manis.
4. Masak hingga agak kering dan kemudian masukkan maggi, carrot dan garam. Gaul rata.
5. Bila dah sekata maggi dan bahan tumisan tadi bolehlah di tabur daun bawang dan daun sup.

Siap satu menu... maggi goreng... (ini menu utk anak-anak)
seterusnya resepi murtabak maggi:-

Bahan-bahan:-

maggi goreng tadi
3 biji telur
1 labu bawang besar dihiris halus dan memanjang (bahagikan 3 bhgn)

cara-cara:-
1. Pecahkan telur sebiji dalam bekas,
2. Masukkan bawang besar dan maggi sesenduk.
3. Kalau suka boleh masukkan sikit rempah kari.
3. panaskan kuali kecil yang comel (seperti gambar dibawah)
4. masukkan semua bahan yang siap diadun tadi dalam kuali.
5. bila garing boleh dialihkan, masak guna api perlahan kerana takut bahagian tengah tak masak.
6. Ulang langkah yang sama untuk sediakan sebiji demi sebiji murtabak anda...

resepi jeruk bawang:-
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil sos cili
garam dan gula secukupnya

cara-cara:-
1. gaulkan semua bahan dalam 1 bekas
2. simpan seketika dalam peti sejuk..




suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Wednesday, August 11, 2010

KEK COKLAT KUKUS-RM3.00

kek coklat kukus RM3.00 (+-150gm)


salam...

minggu ini banyak juga student PAT6A dan 6B memesan kek coklat kukus...

oleh kerana tak guna sebarang ubat penahan, kek ini boleh tahan suhu bilik selama 3-4 hari dan mestilah sentiasa bertutup....

kalau masuk peti sejuk boleh bertahan selama lebih seminggu...

ada juga yang suka kek yang baru keluar dari peti sejuk...

tapi kalau anak saya mereka suka yang biasa.... so cubalah dulu mana yang suka...

terima kasih...
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Monday, August 9, 2010

KEK anniversary dan potluck

kek coklat kukus +-1kg with edible RM28.00

kek coklat kukus +-500gm RM13.00

Salam...

Hari ini siapkan 2 biji kek coklat.... sebiji utk anniversary tempahan Pn Normi, dan utk potluck pula dipesan oleh Pn. Hasnieza... tq

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

CUPCAKE- oren,coklat dan vanilla

cupcake pelbagai perisa RM0.40 each


Salam...
ini pula tempahan dari cikgu-2 sek bdr perda... setiap pack ada 10 biji cupcake...
tq
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

MUFFIN

Muffin RM1.00 each
SALAM...
muffin tempahan aida utk studentnya... 34 biji... tq
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Sunday, August 8, 2010

FRUIT FLAN CAKE-ode dari Cikgu Che Su lagi

fruit flan cake +-800gm RM18.00 & +-1.5kg RM28.00

SALAM...
hari ini siapkan tempahan dari cikgu che su... tempahan yang dipostpone dari hari jumaat minggu lepas... terima kasih...
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

KEK BIRTHDAY -Nurin Najwa dan Fawwaz Hakimi

kek coklat kukus with edible (small) +-1kg RM28.00

kek coklat kukus with icing flower +-1kg RM30.00

kek coklat kukus +-1kg with edible RM28.00

kek coklat kukus with edible +-1kg RM28.00

Salam...
hemmm bertuah badan jadi anak-anak cikgu Nor Zaki ni... tengok kat atas tu... semua 4 biji kek yang ditempah untuk sambutan harijadi anak-anak... yang paling bertuah tu si Kakak Nurin Najwa... 3 biji untuk dia... anyway tq sudi membuat tempahan dengan saya... harap happy ja anak-anak utk bitrhday kali ini...
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Thursday, August 5, 2010

CUPCAKE- oren dan vanilla lagi

cupcake RM0.40 sebiji perisan oren dan vanilla

Salam ...
hari ini banyak tempahan, alhamdulillah... kalau sorang nak buat memang tak sempat... tapi suami ku rajin menolong.....
ode hari ni:-
Aziah Nor 135 biji cupcake
student pat6 3 biji fruit flan cake dan 6 biji small size coklat cake
cik danizah 200 biji Muffin
cikgu che su 2 biji coklat kek (+-800gm), 1 fruit flan cake dan 10 cupcake
minta maaf cikgu Che Su sebab tak boleh menerima 5 biji lagi tempahan Fruit Flan Cake yang diminta untuk hari ini jumaat 6/8/2010...
tapi terima kasih kerana sudi anjak tempahan yang tak mampu disediakan itu pada hari isnin akan datang....
terima kasih....
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

KEK COKLAT KUKUS- rm3.00

kek coklat kukus +-150gm RM3.00

Salam.... ada juga student ode kek coklat utk saiz kecik RM3.00 satu... tq


suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

MUFFIN - 200 biji

Salam...
Semalam juga kalau bukan dgn pertolongan suamiku... mustahil aku dapat siapkan tempahan Cik Danizah... tempahan sebanyak 200 biji muffin siap pack utk majlis adiknya... muffin ini ada dua perasa strawberry dan blueberry...
tq
anyway terima kasih kerana membuat tempahan dengan saya...
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

FRUIT FLAN CAKE-pat6b

fruit flan cake +-800gm RM18.00

fruit flan cake +-800gm RM18

FRUIT FLAN CAKE +-1.5KG RM28.00

Salam...
hari ini siapkan tempahan dari student Pat6b.... terima kasih kerana sudi mencuba kek saya...

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Wednesday, August 4, 2010

CUPCAKE- oren dan vanilla

cupcake RM0.40 each

Salam....
semalam juga menyediakan cupcake utk tempahan dari Die... 50 biji semuanya.... terima kasih...
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

FRUIT FLAN CAKE - faizah


fruit flan cake +-800gm RM18.00
Salam...
hari ini pula siapkan tempahan dari Pn. Faizah Omar.... nak yang kecil dan boleh makan 3 org, dan nak ada strawberry dan kiwi....... saiz ini yang paling comel.... harap berpuashati... terima kasih...

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Tuesday, August 3, 2010

FRUIT FLAN CAKE-ode dari Cikgu Che Su

fruit flan cake +-800gm RM18.00

fruit flan cake +-800gm RM18.00

salam...
semalam siapkan 4 biji cake utk ode dari cikgu che su (sek ren bdr perda)... kawan-kawan sekolah lah yang pesan nih.. salah satu kek itu nak ada wish happy birthday ayah...
terima kasih....


suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

IKLAN