PESANAN PENAJA

Monday, May 31, 2010

RESEPI MUFFIN

SALAM...
ramai kawan-kawan bertanya akan resepi muffin ku...
bukan tak nak bagi... tapi belum ada masa...
nanti ya.... sekarang sibuk dengan jadual waktu...
minggu depan nak bercuti.... balik pahang.....
yeeeehaaaaa... suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Friday, May 28, 2010

KEK COKLAT KUKUS lg....



Sempena menyambut kepulangan anak sedara dari Kuala Lumpur hakimi dan adila.

ni kek tempahan sempena hari guru dari cikgu suhaili.


ni pula tempahan dari cikgu sekolah hubby utk anaknya...... suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Thursday, May 20, 2010

RESEPI FRUIT FLAN CAKE

SALAM...
hari ni nak tunjuk cara penyediaan fruit flan cake.... resepi ni belajar dari cikgu mila.....


sediakan sponge cake... belilah tepung sponge cake dan ikut cara-2 penyediaannya... bakar jgn tinggi kerana kek ni 3 layer....
seterusnya penyediaan lapisan kedua:
BAHAN A
1 biji putih telur
30 gm gula halus
sedikit garam
pukul semua bhn A hingga gebu....
BAHAN B
145 gm susu full cream
15 gm gula
1 sudu kecil serbuk agar-agar
perasa laici
Semua bahan B dipanaskan atas api kecil sehingga serbuk agar-agar larut
selepas itu terus masukkan bahan B ini kedalam Bahan A tadi,
kacau rata, kemudian terus curah atas sponge cake tadi.... hasilnya :-


seterusnya hiaslah kek anda dengan hirisan buah-buahan yang anda suka :-
dah siap... preparation utk jelly pula, bahan-bahannya:-
250gm air
1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
1/2 sudu kecil serbuk jelly
gula ikut yang anda suka.....
perasa laici
masak semua bahan ini hingga mendidih dan larut, sejukkan sebentar dan kemudian curah atas kek tadi..... tadaaaaaaaa dah siap

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Tuesday, May 18, 2010

FRUIT FLAN CAKE

salam...
masih menerima tempahan fruit flan cake dari cikgu-2 sekolah rendah bandar perda... mereka suka kek ini kerana tak guna icing (kec tulisan tu ja)
sesiapa yang tak gemar kek icing boleh cuba kek ini... ada 3 lapisan... lapisan pertama adalah sponge kek, layer kedua merrigue dan layer 3 tu hirisan buah-buahan dan jelly....
terima kasih pada Cikgu Che Su... setakat ini dah 7 biji tempahan darinya.... tq....
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

MUFFIN

SALAM...
alhamdulillah hari ni byk tempahan muffin... atas permintaan Pn NOrwani saya cuba buat muffin coklat berintikan strawberry/blueberry filling.... tq

muffin saya naik flight ptg nih hehehe ... pn Norwani nak kirim untuk dibawa ke KL rumah adiknya...

Pn Khairul tempah muffin (35 biji) dan kek coklat utk jamuan bersama anak buah kumpulan Nasyid dan gamelan...

Pn Noorul tempah muffin (40 biji) untuk jamuan sambutan hari guru sekolah anaknya....

gambar saya tak upload semua... tapi tq 4 all your support...

MUFFIN PELBAGAI PERISA INI HARGANYA RM1.00 SEBIJI UTK TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI SAYA... TERIMA KASIH
salam....
salam.... ini muffin yang di ode oleh Pn Norwani utk teacher kat sekolah Humaira... ada 2 perisa blueberry dan strawberry.... enjoy it..... tq



sekali lagi Pn Noorul A'shikin tempah kek coklat kukus... ini utk guru sekolah anak-2 atif dan auni.... semua 4 bekas yang ditempah.... tq





















suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Sunday, May 16, 2010

KEK COKLAT KUKUS

salam...
ini kek coklat kukus dalam bekas segi 350... rm 3.00 satu

disini saya nak berkongsi resepi mudah utk kek coklat kukus :-

BAHAN-BAHAN:

1 CAWAN GULA KASAR (DIBLEND HALUS)

1 CAWAN SUSU PERISA COKLAT

1 CAWAN MINYAK JAGUNG

1 CAWAN SERBUK KOKO (boleh kurangkan 3/4 cawan)

1 CAWAN SUSU PEKAT MANIS (BOLEH KURANGKAN KE 1/2 CWN)

GAUL KAN SEMUA BAHAN DIATAS INI HINGGA SEBATI, KEMUDIAN MASUKKAN

3 BIJI TELUR

KACAU RATA LAGI, KEMUDIAN AYAK BAHAN DIBAWAH:-

1 CAWAN TEPUNG GANDUM (guna 1 1/4 cawan if serbuk koko guna 3/4 cwn)

1 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT

1 SUDU KECIL BAKING POWDER

MASUKKAN BAHAN DIAYAK INI DIDALAM ADUNAN ATAS TADI...

TUANG DIDALAM LOYANG 9 INCI... TUTUP DGN FOIL...

KUKUS SELAMA 1 JAM...

PASTIKAN AIR MENDIDIH TERLEBIH DAHULU YA...

BILA KEK MASAK DAN DISEJUKKAN:

TOPPING PULA...

125 GM COOKING COKLAT

6 SUDU SUSU CAIR/ SUSU PERISA COKLAT PUN OK

1 SUDU BUTTER

SATUKAN SEMUA DAN CAIRKAN MENGGUNAKAN KAEDAH DOUBLE BOILER...

BILA SEMUA SUDAH LARUT... SEJUKKAN SEBENTAR ATAU COKLAT NAMPAK LEBIH LIKAT.... CURAHKAN ATAS KEK ANDA...

DIBAWAH ADALAH KOLEKSI TEMPAHAN KAWAN-2 UTK KEK COKLAT KUKUS

tempahan dari cikgu sekolah Hubby untuk anaknya.... coklat kukus 1kg.... tq


lagi tempahan dari Suraya untuk kakaknya mimi... kek coklat kukus 500gm RM15.00 sebiji....



ini kek utk anak saya sendiri Ahmad Naqiuddin .....






suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

ANTARA TEMPAHAN AWAL

salam...
ini tempahan antara terawal pelanggan saya... Pn Noorul A'shikin untuk anak lelakinya...
kek coklat kukus dgn topping coklat.... tq 4 ur support...
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

CUPCAKE

SALAM....
ini adalah cupcake yang saya buat, saiz paper cup 'M' RM0.40 sebiji, kalau saiz 'L' RM.0.80 sebiji.. ada byk perasa oren, vanilla, coklat, pisang, pandan dan strawberry........
kalau berminat sila buat tempahan....
Basic Vanilla Cup Cake Recipe
Ingredients
5 oz (150g)Butter - softened
5 oz (150g)superfine (castor) sugar
6 oz (175g)self-raising flour
3eggs
1 tsp vanilla extract
1 tsp ovallete
Method
1.Pre-heat the oven to 350oF (180oC).
2.Line a 12 cup cake pan, with cup cake papers. (boleh guna papercup saiz M atau 8, menghasilkan sehingga 25 biji)
3.Crack the eggs into a cup and beat lightly with a fork.
4.Place all the ingredients in a large bowl.
5.Beat with an electric mixer for 2 minutes, until light and creamy.
6.Divide the mixture evenly between the cake cases.
7.Bake for 18-20 minutes until risen and firm to touch.
resepi ini boleh diubah-ubah perasanya... contohnya perasa pisang boleh digunakan untuk menggantikan vanilla....
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

KEK COKLAT KUKUS & EDIBLE IMAGE


salam..
hari ini anak sulung ku minta dibuat kek untuk dia... ummi asyik buat kek utk org ja.... so masih kek coklat kukus... cuma kali ni try edible image pulak atas tu... haha maktih dia nak try main dgn icing and tulis nama atas kek tu... hemmm baru tau nak tulis atas kek ini bukan mudah... suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Saturday, May 15, 2010

✿ KeK ISTIMEWA untuk HAri ISTIMEWA


fruit flan cake


7" = RM20
8" = RM30
10" = RM 40



kek coklat kukus + topping ganache

1 kg = RM30

design A


design B

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

first entry......

assalamualaikum....
pertama kali untuk mukadimah blog ni..inilah keluarga bahagia...mempunyai 3 orang cahaya mata...putera sulung ahmad najmuddin 7, nurul aisyah 4 dan ahmad naqiuddin 2, suami yang mithali ahmad raizal.....

blog ini tercetus oleh kerana minat memasak dan ingin berkongsi rasa dengan anda semua...terasa ketinggalan jika tidak menggunakan arus perubahan kemodenan di masa kini.... jadi setiap hasil kerja di dapur kecik ni akan di muatkan semuanya di sini....jom kongsi pendapat, dan jika berminat ingin "oder" sila lah email okey!
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

IKLAN