PESANAN PENAJA

Saturday, July 31, 2010

KEK COKLAT KUKUS- BAHIYAH & FAIZUL






Kek coklat kukus +- 2kg (RM50.00)

Salam....
Hari ini menyiapkan tempahan untuk mak sedara Oya.... nak dihadiahkan pada anak sedara yang nak bertunang... so yang bertunang nih sepupu Cik Suraya lah... selain kek coklat nih cik Suraya juga menempah 60 Biji Muffin....
Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia selama sebagai suami dan isteri...
tahniah dan terima kasih....
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Thursday, July 29, 2010

FRUIT FLAN CAKE Pn. Salinah & Cik Suraya

Fruit Flan Cake +-800gm (rm18)
Salam... alhamdulillah last minute dapat tempahan 4 biji kek semalam... atas adalah kek tempahan Cik Suraya sempena Maksu yang datang ke rumah.

fruit flan cake +-2kg (RM36.00)

fruit flan cake +-2kg (RM36.00)

fruit flan cake +-2kg (RM36.00)

Snap semua tempahan semalam...

Fruit Flan Cake yang 3 saiz besar diatas adalah tempahan dari Pn. Salinah... untuk dibawa ke majlis kenduri tahlil.. semoga majlis berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan... Amin...
Terima kasih......




suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Wednesday, July 28, 2010

NASI GORENG KERABU


Salam...
Disini saya ingin berkongsi resepi nasi goreng kerabu, belajar ni pun dari Cik Azizah kita juga, maybe resepi dah dimodified skit, sori ya... anyway jgn bazirkan nasi sekiranya tak habis dimakan... simpan dalam peti ais semalaman dan esoknya goreng... emmm mesti enak.... bahan nih agak-2 ja... biasalah saya kan jenis suka masak campak-campak ja...

bahan-bahan (3-4 org makan):-
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5-6 ekor udang kering (sikit ja)
1 sudu besar cili giling/cili padi pun boleh
1 batang serai (ambil bahagian yang paling lembut dan putih)
1 kuntum bunga kantan
2 batang kacang panjang
udang hidup secukupnya
garam secukupnya

cara-cara:-
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan udang kering.
2. Panaskan Minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing.. ketepikan dalam kuali juga...
3. Masukkan udang hidup kacau hingga semua udang kemerahan... ketepikan juga dalam kuali..
4. Masukkan cili giling/cili padi.. kacau hingga garing... kemudian satukan semua yang diketepikan tadi...
5. Masukkan nasi, garam secukupnya dan kacau hingga rata...
6. Masukkan hirisan halus bunga kantan, kacang panjang dan serai.
7. Setelah agak garing, boleh juga dipecahkan telur jika suka..

SELAMAT MENCUBA suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

FRUIT FLAN CAKE lagi....

fruit flan cake (+-800gm RM18 dan +-1.5kg RM28)
Salam....
Setelah sekian lama menyepi... Cikgu Che Su dari sek ren bdr Perda call last tuesday dan nak ode 2 biji Fruit flan cake... Saiz kecil dan sederhana serta 10 biji cupcake... terima kasih...


Fruit Flan cake +-800gm RM18

Ini pula fruit flan cake untuk Pn. Khairul Bariyah dan Pn. Noorul A'shikin... saiz kecil...



Fruit Flan cake +-2.0kg RM36

Ini pula tempahan dari sekolah suami untuk kelas Pra sek ren seri penanti... terima kasih cikgu-cikgu kerana memilih Fruit flan cake ini untuk jamuan... tempahan dari cikgu-2 ini ialah 2 biji saiz besar dan 2 biji saiz kecil.....
semua Ode yang disiapkan semalam menggunakan banyak strawberry.... hope berpuashati semua...
TERIMA KASIH





suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Friday, July 23, 2010

KEK COKLAT KUKUS (edible BEN 10 & PRINCESS)


kek coklat kukus 1ks RM25




kek coklat kukus 1/2kg RM15


SALAM....
Hari ini siapkan 2 biji kek.... untuk edible Princess tu Cik Azizah ode utk anak sedaranya Nur Hannah 9 thn pada 24 Julai 2010... kek Ben 10 tu untuk anak-anak sendiri yang asyik jealous umi dok buat kak utk org... so umi buat lah utk mereka mkn-2.... seronok tak terkira masing-masing nak pegang pisau utk potong kek...
terima kasih cik azizah utk ode semalam... tq...
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Thursday, July 22, 2010

FRUIT FLAN CAKE




Fruit flan cake 7", 9" dan 10"
salam...
Hari ini juga saya siapkan 3 biji Fruit flan cake 3 saiz semuanya... atas sekali dipesan oleh cikgu Rozita, bawah sebelah kiri juga oleh cikgu sekolah suamiku dan yang paling besar sebelah kanan bawah ialah pesanan Pn. Sarimah Ismail....
terima kasih semua..


suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

KEK COKLAT KUKUS & EDIBLE IMAGE "princess"


kek coklat kukus 1kg RM25
Salam...
Hari ini saya paparkan tempahan dari Pn. Sh. Khadijah untuk puterinya Cempaka yang akan menyambut harijadi yang ke 6... kek ini nak dibawa ke School untuk celebration bersama kawan-kawan... harap berpuashati.... terima kasih









suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Wednesday, July 21, 2010

KEK COKLAT KUKUS


kek coklat kukus 1kg RM25

Salam...

Selamat pagi semua... semalam siapkan sebiji kek harijadi untuk Anak Cikgu sekolah suamiku... Happy birthday Along.... semoga oanjang umur dan sentiasa dalam perlindungan Allah... terima kasih dan enjoy the cake....












suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Tuesday, July 20, 2010

SHORTBREAD

salam...
Hari ni terasa nak kongsi resepi Shortbread dengan kawan-kawan..
tak ingat resepi nih ambik mana... tapi yg penting mudah dan cepat, nak buat nih kena ada loyang khas tau:-



Base biscuit:-
240 gm tepung gandum
100 gm gula halus
90 gm susu tepung
80 gm serbuk badam
200 gm butter (saya guna brand buttercup)

cara-cara:-
1. gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan menjadi serbuk (jgn uli)
2. ratakan didalam loyang shortbread.
3. tekan pemotong ke dalam loyang
4. bakar dengan suhu 160 darjah selama 15-20 minit
5. selepas masak, keluarkan pemotong dari loyang dan sejukkan biskut.

topping:-
300 gm coklat masakan (saya guna byk utk lebih rasa coklat)
25 gm coklat putih (boleh guna coklat perasa oren/stramberry/pandan juga)

cara-cara:-
1. cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler
2. curahkan atas biskut yang telah disejukkan
3. ratakan coklat.
4. cairkan pula coklat putih dan masukkan dalam piping bag (buat lubang halus)
5. buat garisan lurus atas setiap biskut
6. buat sehingga habis coklat putih
7. guna lidi untuk membuat lorekan lawan arus atas garisan coklat putih tadi
8. masukkan kembali pemotong dan sejukkan semula sebelum tanggalkan pemotong..

SELAMAT MENCUBA (KALAU MALAS ODE JA DGN SAYA)
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

KEK COKLAT KUKUS


Salam...
Hari ini juga ada tempahan kek harijadi dari Cikgu Safrina untuk Pak Uda... harap berpuashati dengan kek ini... terima kasih








suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

SHORTBREAD




Salam...
Hari ini dengan senang hati saya upload gambar "shortbread' yang ingin dipromosikan.. Ini saya buat perisa original (coklat putih)... Dan yang dah siap packing tu di pesan oleh cikgu sekolah suamiku... untuk makan-2 katanya... terima kasih








suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Tuesday, July 13, 2010

FRUIT FLAN CAKE

fruit flan cake saiz 8"


fruit flan cake saiz 7"
salam...
Entry hari nih adalah paparan kek tempahan dari Pn.Khairul Bariyah dan Pn Sarimah.I
fruit flan cake


salam...
Ini pula adalah kek Ben 10 tempahan dari Pn Salinah.... seperti biasa kek coklat kukus juga base nya...
terima kasih....




suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Monday, July 12, 2010

SHORTBREAD

Salam...
Saya sedang menerima tempahan untuk kuih raya "Shortbread". Sekiranya berminat silalah membuat ode... ada dua perisa Oren dan Original... perisa ini saya guna untuk lorekan atas dark coklat... dengan kata lain bunga atas shortbread tu boleh pilih oren atau coklat putih (original)...

Shrtbread oren/original (coklat putih)
RM15.00 = 50 Biji suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Thursday, July 8, 2010

KEK HANTARAN BERTUNANG


Salam...
Entry hari ni saya paparkan tempahan Fruit Flan Cake (saiz 10") dari Pn. Sarimah Ismail... kek ini untuk majlis bertunang adiknya... selalu saya guna perasa laici, tetapi kali ini mencuba perasa orange... harap berpuashati...SELAMAT BERTUNANG... terima kasih...

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Saturday, July 3, 2010

KEK COKLAT KUKUS - 3KG


Salam...

Entry hari ni sebenarnya nak upload kek coklat kukus tempahan dari Kak siah (ipar Pn. Adiebah).... tempahan diambil pada 30 Jun yg lalu bersama 100 biji plain cupcake... tapi kesibukan menyebabkan lambat upload dlm blog ini... gambar pun tak ok coz snap dgn HP ja.... anyway agak takut buat kek nih... dah lah 3kg dan byk benda nak tulis atas kek... tgk sendirilah... minta maaflah kalau kek nih tak nampak cantik kerana tulisan yg tak seragam tu..... terima kasih kerana memberi peluang isratun mencuba......
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Friday, July 2, 2010

FRUIT FLAN CAKE


SALAM..
Hari ini Jumaat 2 Julai... tempahan dari cikgu-cikgu sekolah suami... 3 biji fruit flan cake... alhamdulillah siap juga walaupun last minute preparation beli barang kat Tesco.. especially fresh fruit kiwi dan strawberry. lama bercuti hari tu dah byk stok takdak... terima kasih... enjoy the cake....

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

IKLAN