PESANAN PENAJA

Monday, March 21, 2011

RESEPI MUFFIN

Assalamulaikum dan salam sejahtera...
Hari ni mcm nak kongsi resepi muffin saya selain dok beli tepung segera... boleh juga ikut resepi ini tekstur sama sahaja mcm tepung segera yg dibeli dari sesetengah kedai kek. resepi ini juga mudah dan hanya perlu ada oven/microwave dan tak perlu guna mixer... percayalah tak sampai 1 jam muffin enak akan tersedia... dengan syarat bahan ada :-

Bahan-bahan untuk 12 biji muffin:-

1 3/4 cawan Tepung naik sendiri
3/4 cwn gula halus
1/2 cawan minyak jagung
3/4 cawan susu segar / full cream milk / buttermilk
1 biji telur dipukul sikit
1 sudu besar perisa vanilla
Filling strawberry/blueberry/kiwi
@
150 gm dried fruit yg disukai

cara-cara:-

  1. Panaskan oven dgn suhu 170'.
  2. Campurkan bahan kering tepung dan gula (dan dried fruit jika guna) dlm mangkuk, gaul rata.
  3. Campurkan semua bahan basah dlm mangkuk lain, kacau hingga sebati sikit.
  4. Seterusnya tuang adunan basah didalam adunan kering, kacau sebati dalam masa 15 saat sahaja. jgn terlalu pukul nanti adunan bantat.
  5. Menggunakan scoop aiskrim masukkan separuh dalam papercup saiz L.
  6. Isikan apa-apa filling kemudian scoop kan sikit lagi adunan untuk menutup filling tadi.
  7. Adunan diisi sehingga paras 3/4 dari pepercup. jgn lebih nanti membuak keluar.
  8. Bakar 15-20 minit atau hingga masak.

Tips muffin,

  1. guna minyak yg mahal sikit
  2. jgn terlebih kacau adunan dilangkah ke-3
  3. oven betul-2 panas (yakni panaskan oven siap-2 sebelum mula nak buat adunan)

Selamat mencuba..

Anda malas walau dah diberi resepi... hemmmm mudah sahaja... ode dgn saya... pastikan anda buat ode awal....

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

4 comments:

  1. thks Is.. memang dok cari resepi muffin yg mudah tapi sedap... Is.. sukatan tepung naik sendiri tu klu dlm cawan berapa cawan kita kena sediakan.. kami x tak la penimbang...tq..

    ReplyDelete
  2. kalau minyak diganti dgn butter boleh x?

    ReplyDelete
  3. BOLEH GANTI MINYAK DENGAN BUTTER CAIR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SUKATAN TEPUNG YANG TEPAT IALAH 220GM... ANGGARAN 1 3/4 CAWAN TEPUNG SELF RAISING

      Delete

IKLAN