PESANAN PENAJA

Thursday, March 31, 2011

SIMPLE BAKED CHEESE CAKE

Assalamualaikum... semalam try buat cheesecake... nyummmmy, rich sgt rasa cheese... semua boleh cuba... Bahan-2 base :-

  • 25 keping biskut marie dihancurkan (saya guna biskut tiger)

  • 1/4 cwn butter (dicairkan)

Cara-cara;-



  1. Campurkan biskut yan dihancurkan dengan butter cair, gaul rata

  2. Ratakan dalam loyang spring foam 20cm.

  3. Masukkan dalam fridge sementara nak buat cream.
Bahan adunan:-

  • 500gm cream cheese

  • 1/2 cwn gula caster

  • 1 sudu kecil esen vanilla

  • 2 sudu besar tepung naik sendiri

  • 2 biji telur

  • 1 sudu kecil perahan lemon (saya tak guna)
cara-2:-

  1. Panaskan oven dengan suhu 170'

  2. Pukul cream cheese dgn gula hingga kembang

  3. Masukkan telur satu persatu sambil pukul sebati

  4. Masukkan esen vanilla dan lemon jika guna, pukul sebati

  5. Masukkan tepung yang telah diayak dan pukul sebati sekejap.

  6. Tuang adunan dlm loyang yang telah di buat base tadi.

  7. Bakar dengan menggunakan teknik 'water bath' selama 30-45 minit.

  8. Setelah kek masak buka pintu oven sikit dan biar sejuk seketika sebelum masukkan dalam fridge untuk sejukkan selama 3-6 jam....

  9. Hiaskan dengan topping kegemaran anda.
Saya guna separuh ja resepi sebab nak abiskan cheese yang ada.... so kek tak tinggi sangat.... saya cuba so kalau berminat nak tempah boleh dah... harga nnt saya conggak...

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

No comments:

Post a Comment

IKLAN