PESANAN PENAJA

Thursday, March 17, 2011

KEK LAPIS SARAWAK

Assalamulaikum...
Kek lapis nih juga antara aktiviti bersama kakak-2 iparku juga..... ikut resepi majalah rasa tahun 2010.... tak guna sebarang pewarna, so nampak sewarna ja... letak hirisan cooking chocolate sebagai hiasan. jom kongsi resepi:-

Bahan-bahan:-
500 gm buttercup
200 gm gula halus
250 gm tepung Hong Kong (biasa guna utk buat Pau)
12 biji telur
100 gm Horlick
30 gm Kaya
10 sb susu pekat manis (saya kurangkan 5 sb)
1 sb ovallete
1 sb esen vanilla

cara-cara:-
  1. Pukul butter bersama gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul sebati.
  3. Masukkan ovallete, esen vanilla, susu pekat manis dan kaya, pukul sebati.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan horlick, pukul sebati.
  5. Masukkan samaada chocolate cincang, prune cincang, kurma cincang, badam atau asam 20 sen tuh....
  6. Panaskan oven dgn suhu 200' darjah api atas sahaja.
  7. Sapu loyang 8x8x3 inci dengan butter.
  8. Tuang adunan selapis yang nipis dlm anggaran 10 sudu makan, ratakan.
  9. Bakar selama 8-10 minit atau hingga masak.
  10. Keluarkan dan tekan dan ratakan sebelum masukkan lapisan kedua.
  11. Ulang langkah 8,9 dan 10 hingga semua adunan habis.

Selamat mencuba... untuk ode rasanya belum bersedia... nak try resepi yg sesuai dulu... lepas nih nak try resepi yg Pn.Faizah Sahbudin bagi pula... lain resepinya....

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

No comments:

Post a Comment

IKLAN