PESANAN PENAJA

Wednesday, February 16, 2011

POTATO SPRING


Salam...
Last week try satu resepi yang mudah dan memang digemari anak-2 saya... teknik potato spring nih belajar dari Pn. Mariam... sedap lah dan asyik ja mkn nih bila panas-panas dan masih garing... jom lah tgk resepi nih:-

Bahan-bahan:-
Kentang bersaiz sederhana (saya guna kentang yg dibeli dikedai runcit ja)
Lidi satay secukupnya
Tepung goreng ayam segera (saya guna adabi)
Air
Mayonis
Sos cili
Lada sulah

Cara-cara:-
1. Basuh kentang hingga bersih (tidak perlu kopek kulit)
2. Potong nipis-nipis dan cucuk jarang-2 pada lidi.
3. Untuk kelihatan cantik, sebiji kentang dicucuk pada satu bilah lidi.
4. Kalau nak buat byk, rendam dulu kentang yg dah siap cucuk dlm air garam untuk elak
kentang jadi hitam.
5. Bancuh tepung bersama air jgn terlalu cair atau likat.
6. Panaskan kuali.
7. Siram @ celup kentang dlm adunan tepung.
8. Goreng hingga garing kemudian angkat dan toskan.
9. Tabur lada sulah, kemudian picitkan mayonis dan sos cili.
10. Enak dimakan panas..

Enjoy....




suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

2 comments:

  1. Nak try ni.. nampak mudah tapi menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. terasa ingin mencuba la pula...

    ReplyDelete

IKLAN