PESANAN PENAJA

Tuesday, February 22, 2011

Belajar teknik steam buttercream




SEMUA GAMBAR DI ATAS DIAMBIL DARI GOOGLE SEARCH
Assalamualaikum..
Sejak kebelakangan nih selalu jumpa kek yang menggunakan topping steam buttercream, so saya pun search internet then jumpalah teknik nih dalam Myresepi. Teknik ini akan menghasilkan kemasan seperti menggunakan fondant kan? jom jengah teknik nih....
Bahan:-
Buttercream (Gunalah mana-mana resepi yg tidak menggunakan telur dari sini)
Cara-cara:-
1. Siapkan kek untuk dihias, pastikan kek di trim supaya tidak ada bucu tajam. Ini untuk memudahkan cream merata dengan mudah.
2. Masukkan kek ke dalam fridge untuk dinginkan selama 30 minit pun dah memadai.
3. Sementara itu bolehlah double boiled kan buttercream tadi, kacau hingga cair dan jgn pecah minyak.
4. Keluarkan kek dan letak di atas rak serta dilapik dengan dulang dibawahnya.
5. Curahkan buttercream yang cair tadi dan ratakan.
6. Seeloknya mulakan di bahagian tepi kek kemudian curahkan dibahagian tengah.
7. Bahagian tepi diratakan dengan spatula jika tidak rata.
8. Bahagian tengah seeloknya jangan diganggu.
9. Buttercream nih akan mengeras dalam masa yang singkat kerana kek sudah pun di dinginkan.
10. Bolehlah terus menghias kek nih.
11. Lebihan buttercream yang meleleh ke bawah bolehlah disimpan untuk kegunaan seterusnya.
Saya baru ja belajar tetapi belum mencuba... kalau dah cuba nanti saya akan kongsi gambar dgn anda semua... nih baru teori ya... praktikal belum... hehehe







suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

1 comment:

IKLAN