PESANAN PENAJA

Thursday, November 14, 2013

Resepi Snow Cheese Cake


ihsan blogger lain

BAHAN-2 KEK :-

100 gm Tepung Superfine
100 gm Gula halus
60 gm Tepung Jagung
6 biji telur Gred A (Buang 2 Biji Putih telur) (Saya masuk semua 6 Biji telur Gred B)
1 Sudu kecil Serbuk baking powder
1-2 sudu kecil vanilla (resepi asal tiada)
2 sudu besar Ovallete
50 gm Air sejuk dari peti ais
75 gm Mentega cair (saya ganti dengan minyak sayuran)

Cara-cara:-
  1. Panaskan oven dengan suhu 150' celcius.
  2. Masukkan semua bahan diatas kecuali Minyak sayuran dan pukul hingga putih.
  3. Masukkan minyak dan terus pukul lagi hingga kental.
  4. Griskan loyang 8' @ 9' @ 10', masukkan adunan.
  5. Bakar selama 45 minit - 1 jam, 
  6. Cara nak check masak atau tidak ialah selepas tekan dengan jari telunjuk kek akan kembali ke bentuk asal.
  7. Sejukkan kek sebelum dipotong dua menggunakan pisau berjerigi.
BAHAN-2 FROSTING:-

250 gm cream cheese
1/2 tin susu pekat (saya ganti dengan secawan whipping cream)

cheddar cheese secukupnya

Cara-cara:-
  1. Pukul Cream cheese hingga kembang dan kemudian masukkan susu (atau whipping cream) pukul lagi.
  2. Sapu cream pada setiap lapisan kek dan salut selebihnya ikut kesukaan masing-masing.
  3. Parut Cheddar cheese dan tabur atas kek.
  4. Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam sebelum dipotong.





suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

No comments:

Post a Comment

IKLAN