PESANAN PENAJA

Wednesday, January 26, 2011

PIZZA TUNA

SALAM...
Pizza buat makan semalam... plan nak buat brownies, tapi cancel kerana perut semua lapar... nak buat benda mkn yang mengenyangkanlah... jom kongsi resepi yg dah di modified sendiri.. resepi asal adalah dari blog periuk tanah:-

Bahan doh:-

300gm tepung gandum
6gm Mauripan
1 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 1/2 sudu susu pekat manis
1 sudu kecil bread improver (saya tak guna pun)
secubit garam
170ml air suam

cara-cara:-
1. Masukkan gula, Mauripan dan air suam dalam mangkuk, kacau dan biarkan sehingga berbuih.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung dan buat lubang di tengah.
3. Masukkan marjerin, garam, susu pekat serta bread improver ditengah tepung tadi.
4. Tuang adunan mauripan tadi ditengah tepung dan gaul semua sebati.
5. Uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
6. Jika melekat ambil sedikit tepung tabur atas adunan dan terus menguli.
7. Rehatkan doh 15 minit dalam bekas yang sama tetapi ditutup dengan kain kering.
8. Selepas 15 minit doh akan kembang sikit, tumbuk utk keluarkan angin.
9. Canai doh atas dulang pizza bulat/segi empat bersaiz 10 inci lebar. rehat sebentar hingga doh naik lagi selama 15-20 minit.
10. Bakar dalam oven dgn suhu 170'c hingga separuh masak.

Bahan sos dan topping:-
1/2 cwn tomato puri/ sos tomato
1 labu bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih dicincang
1 cawan isi ayam/ daging / tuna
3 sudu sos cili
garam
minyak
daun oregano
sebiji tomato
mayonis
nenas
Keju mozarella / keju cheddar/cheesedale boleh ja ikut budget lah

cara-cara :-
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan ayam atau daging dan goreng hingga separuh masak.
3. Masukkan sos cili dan sos tomato, garam dan gula serta daun oregano.
4. Masukkan tuna jika tidak menggunakan ayam atau daging.
5. Selepas sos masak bolehlah ambil doh yang dah siap separuh masak tadi lalu tuang semua sos tadi dan ratakan atas doh.
6. Tabur tomato, nenas, bawang jika suka, dll hiasan yang disukai.
7. Taburkan keju di lapisan atas. boleh juga dihiaskan dengan mayonis dan sos cili.
8. Bakar lagi hingga roti nampak garing.
9. Siap utk dihidang panas... nyum-nyum..
SELAMAT MENCUBA suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

No comments:

Post a Comment

IKLAN