PESANAN PENAJA

Tuesday, January 25, 2011

MARBLE CHEESE BROWNIES

marble cheese brownies (gambar pinjam)
Salam...
Dah lama beli bahan nak buat Marble cheese Brownies ni... tapi tak kesempatan nak buat... insyaAllah akan buat.... satu ja benda tak dak... kertas minyak... rehat nih nak pi beli... mlm nih buat... ada rezeki bolehlah kawan-kawan rasa... jom kongsi resepi yg saya ambil dari blog Jasmeen:-
Bahan-bahan :-
250gm butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula halus
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum (diayak dgn baking powder dan soda)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
cara-cara:-
  1. Cairkan butter, masukkan serbuk koko dan kacau rata
  2. Pukul telur dan gula dgn pemutar tangan, Masukkan ke dalam adunan 1.
  3. Masukkan susu cair dan kacau sebati
  4. Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder dan soda. kacau sebati.
  5. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati lagi.
  6. Panaskan oven 175'c, alas loyang 10'x10' dgn kertas minyak dan biarkan berjuntaian di dua belah bertentang supaya senang keluarkan brownies nnt.
  7. Tuang adunan brownies dan ratakan. tinggalkan sedikit utk buat marble atas lapisan cheese nanti.
  8. Bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan:-

250gm cream cheese

1 cwn gula halus

1 biji telur gred B

Cara-cara:-

  1. Pukul cream cheese hingga gebu
  2. Masukkan gula dan terus pukul sebati
  3. Masukkan telur dan pukul lagi.

Selepas brownies masak keluarkan dari oven. Tuang adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies keatas lapisan cheese dan lorekkan. Masukkan semula kedalam oven dan bakar selama 15 minit lagi sehingga cheese masak. Sejukkan sebelum dipotong.

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

No comments:

Post a Comment

IKLAN