PESANAN PENAJA

Monday, May 26, 2014

RESEPI LAKSAM


Bahan-2 mee:-

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
4 cawan air suam

Cara-2 :-

1. Panaskan kukusan.
2. Campur semua bahan di atas dan kacau hingga larut, tapis jika berketul.
3. Sapu penutup periuk dengan sedikit minyak masak, letak dalam periuk kukusan.
4.  Sendukkan adunan dan ratakan dalam penutup periuk. tutup dan kukus selama 2 minit (anggaran masak ikut ketebalan adunan).
5. Apabila adunan nampak mengelembung, bolehlah diangkat, dan ulang langkah dengan tudung periuk lain.
6. Untuk leraikan adunan yang dah masak, condongkan/tegakkan tudung periuk, renggangkan sekeliling adunan dengan hujung pemegang sudu, kemudian mula menggulung dari hujung, sekiranya adunan tidak koyak atau terlalu melekat, dia akan turun dengan sendirinya dlm keadaan bergulung.
7. sekiranya merekah, sila tambah air lagi ya, sekiranya melekat sangat, sila tambah tepung.
8. So far adunan di atas menjadi jek dengan cantik.

Bahan-2 kuah:-

1 inci halia
1 inci lengkuas
3 ulas bawang putij
Selabu bawang besar/ 5 biji bawang merah
2 keping asam
7-8 ekor ikan selayang (saiz sederhana)
4 cawan air untuk merebus ikan
4 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
garam

Bahan-2 sayur :-

Timun (hiris halus)
Taugeh
Bunga Kantan (hiris halus)
Kacang panjang (dipotong kecil)
Daun kesum (jika suka)
Cili padi (ditumbuk lumat)

Cara-2

1. Rebus ikan yang siap dicuci dengan garam dan asam keping hingga mendidih, toskan (air simpan untuk kuah nanti)
2. Ambil isi ikan dan blend bersama halia, lengkuas dan semua bawang hingga lumat. Tuang dalam periuk rebusan kuah,
3. Masukkan air rebusan ikan dan santan serta asam keping dari rebusan tadi. rebus hingga mendidih lagi.
4. Tambah garam lagi ( berhati-hati kerana air rebusan ikan telah masuk garam)
5. Hidang bersama bahan sayuran.

SELAMAT MENCUBA.


suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

No comments:

Post a Comment

IKLAN