PESANAN PENAJA

Sunday, January 5, 2014

Caramel Choc cake

CARAMEL CHOC CAKE

OPEN FOR ORDER

SMALL SIZE RM15.00 
BIG SAIZ RM28.00


Nak try sendiri....????? ikut resepi dibawah :-

Bahan Gula hangus:-
4-5 Sudu besar gula pasir
(tabur dalam loyang 10 inci dan masak atas dapu hingga menjadi perang, ratakan keseluruhan loyang dan ketepikan)

Bahan Karamel:-
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
70 gm gula halus(boleh ganti dengan susu pekat manis secukupnya)
esen vanilla
(Gaul perlahan semua bahan diatas, tapis masuk dalam loyang yang ada gula hangus tadi, kukus selama 20 minit atau hingga karamel mengeras sikit dan angkat untuk lapisan kek coklat pula)

Bahan kek coklat:-
1 cawan minyak masak
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir (blend kering hingga halus)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis (saya guna separuh sahaja)
(Kacau menggunakan pemutar tangan hingga semua bahan atas larut dan sedia untuk masukkan bahan dibawah)

3 biji telur (pukul hingga sebati)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
esen vanilla/serbuk kopi ( jika suka)
(Masukkan semua bahan ini kedalam adunan tadi dan kacau lagi hingga sebati, kemudian masukkan dalam loyang berisi karamel yang sudah masak tadi, terus kukus hingga masak... budget masa 1jam - 2 jam)

Tips:-
adunan karamel jangan pukul hinga berbuih
sekiranya guna loyang yang kecil dan kek tebal, sila tambah waktu mengukus, 1 1/2 hingga 2 jam adalah paling sesuai.
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

No comments:

Post a Comment

IKLAN