Assalamualaikum... Hari ni nak citer lain skit resepi, selain masakan ada juga info lain kan dlm blog nih...
alhamdulillah selepas anak keempat (Nurrayyan Amina) inilah saya berjaya mengekalkan penyusuan susu ibu 100% sejak lahir dan 10/8/2012 ni Amina akan genap 8 bulan. tiada rahsia tiada resepi, cuma niat, tekad, usaha dan tawakkal kepada Allah sahaja. Saya mula menyimpan stok susu agak lambat, semasa Amina berusia 2 bulan dan dah nak masuk kerja baru push diri untuk membuat EBM (expressed breats milk). Pada peringkat awal saya menggunakan pam susu manual jenama (FARLIN) sahaja. Kemudian cuba menggunakan Pam Letrik (Spectra 3) ini pun pinjam kawan punya (Kak Noorul).
Saya mula bekerja dengan hanya stok ada 12 botol. Dan agak stress bila memikirkan tak cukup stok yang ada. Saya banyak buat survey dan bacaan dalam blog-blog ibu yang dah berjaya membuat penyusuan berterusan walaupun bekerja. So melalui bacaan dapat disimpulkan bahawa untuk membuat EBM sebenarnya ibu kena rajin mengepam walaupun Breast tidak terasa penuh. Saya akan Pam susu setiap 2-3 jam sehari. Kadang-kadang saya berjaya kumpulkan 4 botol x 5auns, dan kekadang dapat 5 botol x 5auns.
Susu saya tak banyak sangat pun, ada ibu yang boleh kumpul sekali perahan sahaja mencecah 8 Auns. Saya perlu bekerja keras untuk mandapatkan 4-5auns sekali perahan. Tapi alhamdulillah amaun tersebut mencukupi untuk sekali minum bagi Amina, Allah maha kaya, susu yang ada memang dihasilkan mencukupi dengan keperluan anak masing-masing.
Sekarang stok susu saya telah mencecah 90 botol, tidak bangga juga, kerana amaun ni skit jer berbanding ibu lain yang memerlukan peti ais khas utk menyimpan EBM.
Bab pemakanan yang boleh menambahkan susu ibu bolehlah layari blog-blog lain, tetapi bg saya pemakanan dengan gisi seimbang mampu meningkatkan dan mengekalkan susu ibu, selain ransangan terus dari anak memang amat [enting untuk mengekalkan susu ibu, kalau berusaha dengan pelbagai kaedah sekali pun jikalau anak tidak mahu menghisap terus dari badan kita, lama-kelamaan susu akan menyusut dan terus kering (pengalaman dengan anak sebelum ini).
Oklah... cukup dulu citer hari ini, dibawah saya citer skit bagaimana membekalkan susu ibu ke Nurseri untuk memudahkan pengasuh memberi susu buat Amina saya.
1. Susu dicairkan pada malam hari (pagi tak sempat der nak pergi kerja) dan diisi ke dalam botol secara berasingan dan mencukupi untuk Amina sekali penyusuannya. Simpan dulu dlm peti ais, esok pagi masukkan dlm ice box.
2. Susu yang dah dicairkan tadi dimasukkan dalam ice box, in between tu ada ais beku, so susu ini akan kekal sejuk sehingga ke petang. Saya sediakan satu botol xtra yang masih beku (tudung warna pink) jika tidak mencukupi. Dulu Amina sebelum makan makanan pejal, saya sediakan hingga 5 botol susu.
3. Inilah rupa ice box jenama Coleman yang amat berguna buat saya, dengan menggunakan kedah ini, kita tak perlu risau NUrseri ada peti ais atau tidak. Dan selain itu susu Amina tidak bercampur dengan benda lain yang kita tak tahu apa yang ada di Nurseri tu kan.
4. Inilah rupa stok susu yang saya ada.... tak banyak pun... tapi alhamdulillah setakat hari ini Amina masih berjaya minum susu Umi sahaja... no susu Lembu... heeeee.... kat opis pun ada lagi tak bawa balik...
ok... itu aja... nanti saya citer lagi ya... wasallam
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....
No comments:
Post a Comment