PESANAN PENAJA

Tuesday, July 24, 2012

Resepi Kuih Akok



Assalamualaikum...

Bulan posa ni kurang skit tempahan, so boleh lah nak mencuba resepi-resepi baru, semalam berjaya membuat antara kuih kegemaran suamiku, AKOK. resepinya mudah dan rasanya tip-top.... oleh kerana loyang yang ada hanya loyang kuih cara/bahulu ja... so dapat lah kuih yang comel-comel tu... so jom tengok resepi yang dah ubah suai ikut apa yg ada dirumah:-

Bahan-bahan:-
1 ketul gula nisan / 150gm gula merah
100 ml air
200 ml santan pekat
30 gm tepung gandum
2 cubit garam
5 biji telur
daun pandan /  1 sudu kecil perisa pandan yang berwarna hijau

Cara:-
1. Panaskan air dan gula nisan hingga mendidih dan gula nisan larut dan sejukkan sebentar.
2. Masukkan santan, garam, perisa pandan, telur dan tepung, kacau rata hingga larut.
3. Sekiranya tepung berketul, sila tapis ya untuk dapatkan adunan yang licin.
4. Panaskan oven dengan suhu 200'c.
5. Sapu loyang pembakar dengan minyak atau butter sebelum tuang adunan.
6. Bakar hingga bahagian atas garing seperti gambar atas.
7. Keluarkan dari loyang dan hidangkan....

Masa adunan dalam oven dia akan mengelembung, tetapi keluarkan sahaja dari oven, adunan akan turun dan berkedut seribu. Hemmmm so yummy... my husband balik tarawikh pun terus cari lagi kuih ni kat dapur... suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

5 comments:

IKLAN