PESANAN PENAJA

Thursday, June 28, 2012

RESEPI CARROT CAKE BAKAR

Nak kongsi resepi carrot cake yang saya guna:-

Bahan-bahan dan caranya:-

Bahan A
2 Cawan Tepung Gandum
2 Cawan Gula Halus/Gula Perang
2 Sudu Besar Serbuk Kulit Kayu Manis
2 Sudu Besar Baking soda
2 Sudu Besar Baking Powder
(Gaul rata semua bahan atas dalam mangkuk) 


Bahan B
4 Biji Telur
1 Cawan Minyak Jagung/minyak sayuran
(Bancuh bahan atas dalam bekas lain)


Bahan C
4 Cawan Carrot disagat halus
1 Cawan kacang wulnut dicincang kasar
1/2 cawan raisin

Langkah :-

1. Panaskan oven pada suhu 160-170'darjah.
2. Lapik loyang pembakar bersaiz 9" dengan kertas minyak.
3. Masukkan Bahan B kedalam Mangkuk berisi Bahan A (gaul rata dan ia agak berketul).
4. Masukkan Bahan C dalam mangkuk berisi Bahan A (gaul rata dan adunan agak basah).
5. Tuang dalam loyang dan bakar selama 1 jam - 1 1/2 jam atau sehingga masak.
6.Biarkan sejuk sebelum keluarkan dari loyang pembakar.
7. Hias dengan cream cheese icing (ikutlah mana-mana resepi)

SELAMAT MENCUBA





suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

No comments:

Post a Comment

IKLAN