Cheese cake + Blueberry filling RM55.00
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....
ode cikgu Azam
Jom kongsi resepi
Bahan-bahan:-
250gm cream cheese (suhu bilik)
60gm butter (suhu bilik)
120ml full cream milk/ fresh cream milk
60gm tepung gandum
30gm tepung jagung
6 biji kuning telur
6 biji putih telur
1/4 sudu cream of tartar
120gm gula halus
Cara-cara:-
1. Panaskan oven 160 darjah.
2. Lapik loyang bulat 9 inci dengan kertas minyak. Kalau guna spring foam kena balut luar badan dengan foil ya.
3. Masukkan cream cheese,butter dan susu dalam mangkuk tahan panas dan panaskan menggunakan "double boiler" sehingga semua larut dan creamy.Alihkan dan biar sejuk.
4. Pukul telur merah dan masukkan dalam adunan tadi, pukul sebati.
5. Ayak tepung gandum dan tepung jagung dalam adunan tadi kemudian kacau sebati.
6. Dalam mangkuk lain pukul putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tartar pukul lagi, kemudian masukkan gula dan pukul hingga gebu memuncak.
7. Masukkan 1/3 putih telur tadi dalam adunan cheese, menggunakan kaedah kaup balik kacau sebati, ulang hingga semua putih telur habis.
8. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar menggunakan teknik 'water bath" selama 1 jam.
9. Bila dah masak tutup suis dan buka sedikit pintu oven dan biarkan sehingga sejuk.
10. Hiaslah ikut kesukaan anda.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment