PESANAN PENAJA

Thursday, September 30, 2010

KEK COKLAT KUKUS-Jamuan JP

KEK COKLAT KUKUS +-1KG RM25.00

Salam...
Semalam juga siapkan 2 biji kek utk Jamuan bulanan JP... thanks sebab sudi ode dgn saya.... kepada semua staf JP datang awal jamuan hari ini, takut kek habis... hheheheheh anyway Happy Birthday kepada kwn-2 yg birthday jatuh bulan ogos dan september....
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

FRUIT FLAN CAKE

FRUIT FLAN CAKE +-2.5KG RM36.00
Salam...
Semalam siapkan sebiji FFC untuk Pn. Hasnah, untuk jamuan anaknya di sekolah rasanya... thanks....
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Wednesday, September 29, 2010

HOMEMADE MEE KUNING

Salam...
semalam buat mee kuning utk potluck bilik hari ini... jom semak resepi

Bahan-bahan :-

500gm tepung gandum
1 biji telur
air kosong (campur dgn telur menjadi 220ml)
1 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil kunyit

Cara-cara uli tangan:-

  1. Masukkan tepung dlm bekas DAN buat lubang ditengah.
  2. Kacau telur, air, garam dan kunyit. kemudian tuang dlm tepung.
  3. uli sebati
  4. canai guna mesin mee biasa hingga ketebalan yang disukai.
  5. Rebuskan dgn air mendidih yang dimasukkan sesudu besar minyak selama 3 minit.
  6. Toskan dan siram dengan air sejuk...
  7. boleh terus guna atau utk disimpan bolehlah digaulkan dengan minyak masak utk elak mee melekat.
  8. boleh tahan 4-5 hari jika disimpan dengan elok...

Cara-cara menggunakan mesin Falcon:-

  1. Masukkan tepung dlm mesin
  2. Press butang untuk mengguli dan perlahan-perlahan tuang aduanan air, telur,garam dan kunyit.
  3. Bila sebati bolehlah alih butang untuk tekan mee keluar.
  4. lain-lain langkah adalah sama



SATU ADUNAN NIH BOLEH MENGHASILKAN 1KG-1.2KG MEE KUNING YANG SIHAT DARI SEBARANG BAHAN KIMIA...
SELAMAT MENCUBA,
KALAU MALAS BOLEH ODE DGN ISRATUN....
1/2KG RM3.00


suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Kek extra utk lelong


Salam... semalam ada buat xtra kek... sapa
nakkkkkkk!!!!!


Kek Coklat Kukus
RM12.00
Cupcake Oren RM4.00
setiap bekas (ada 1 ja balance)

ok.... sorry dah sold out.... tq Pn. Noorul


suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

KEK COKLAT KUKUS lagi

Kek Coklat kukus +-500gm with edible RM15.00

Salam... kek atas adalah tempahan dari Pn Sh.Khadijah utk Cempaka... tq



Kek Coklat Kukus RM12.00 each

Kek coklat tempahan Cik Aleza untuk jamuan blok mlm nih....



Kek Coklat Kukus +-1kg with edible RM28.00
Kek ini tempahan dari Cikgu Musyadi (sek ren penanti) untuk anak bongsunya, cikgu juga ode kek coklat RM18.00 satu... tq all
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Tuesday, September 28, 2010

KEK COKLAT KUKUS

kek coklat kukus RM18.00

kek coklat kukus +-1 kg RM25.00

Salam.... hari ini Pn Mariam ode lagi kek... kali nih untuk jamu kelas SPP2... tq... kek coklat RM18.00 atas ode dari Pn Zawiyah juga.... tq...



suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

FFC again...

ffc +-800gm RM18.00

ffc +-800gm RM18.00

ffc +-1.5kg RM28.00

Salam... semua ode diterima dari Pn. Zawiyah sek rendah bdr perda... terima kasih
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Saturday, September 25, 2010

kek Auni dan Arif (my cousin)







KEK COKLAT KUKUS +-1KG WITH EDIBLE EM30.00

Salam.... hari sabtu 25 sept 2010, maksu sidah ode 2 biji kek untuk sambutan harijadi anak-anak dan open house nya.... enjoy the cake... thanks.....


suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Thursday, September 23, 2010

CUPCAKE- oren Pn.Marsitah

cupcake oren sebiji RM0.40

Salam... ini pula cupcake ode dari Pn. Marsitah juga... untuk jamuan sekolah anaknya... tq
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

KEK CARROT KUKUS

KEK CARROT KUKUS PN. AZILA
KEK CARROT KUKUS +-800gm WITH CREAM CHEESE TOPPING RM25.00

KEK CARROT KUKUS PN. MARSITAH

KEK CARROT KUKUS +-800gm WITH CREAM CHEESE TOPPING RM25.00

Salam... semalam juga siapkan 2 biji carrot cake... kali ini siap dengan topping cream cheese lagi... thank you Pn.Azila dan Pn. Marsitah....

Resepi untuk carrot cake jika ingin mencuba:-

Bahan-bahan:-

250gm butter

150gm gula halus

3 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

200gm carrot (diparut, celur dan toskan)

100gm prune (dicincang)

50gm kismis

230gm tepung gandum *

1 sudu kecil baking powder *

1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis * (semua bahan bertanda * diayak sekali)

bahan topping ;-

250gm cream cheese

125 yogurt (plain atau berperisa)

2 sudu besar gula icing

Cara-cara:-
  1. panaskan kukusan
  2. Putar butter dan gula hingga kembang
  3. masukkan telur satu persatu sambil terus putar
  4. masukkan esen vanilla
  5. masukkan bahan yang diayak, gaul rata
  6. masukkan carrot, plum dan kismis, kacau sebati
  7. Lapik loyang 8x8x3 dengan kertas minyak kemudian tuang adunan, tutup dengan foil.
  8. kukus selama 50 minit hingga 1 jam.
  9. sejukkan sebelum sapu topping.

Topping :-

  1. Putar cream cheese hingga lembut.
  2. masukkan gula icing dan terus putar sebati
  3. masukkan yogurt putar sebati.
  4. siap untuk disapu atas kek carrot anda..

SELAMAT MENCUBA

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Banyak tempahan

TEMPAHAN DIE 5 BEKAS
KEK COKLAT KUKUS +-300gm RM6.00


KEK COKLAT KUKUS IJU
KEK COKLAT KUKUS +-1KG RM25.00

KEK COKLAT KUKUS EN. HAFIZ
KEK COKLAT KUKUS +-1KG WITH EDIBLE RM30.00

KEK COKLAT KUKUS PN. ZAINAB
KEK COKLAT KUKUS +-1KG WITH EDIBLE RM27.50


KEK COKLAT KUKUS PN. SALINAH
KEK COKLAT KUKUS +-1KG WITH EDIBLE RM27.50

Salam....
Semalam jam 6.00ptg until 12.15tgh mlm siapkan semua tempahan untuk hari ini... Alhamdulillah sempat juga.... harap semua berpuashati.... thank you...







suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Tuesday, September 21, 2010

Marble Cake untuk Die..

gambar dari blog hanieliza

Salam...Hari ini siapkan 2 biji kek untuk Die..... ada jamuan kat ofisnya.... actually gambar tak sempat snap... coz Die dtg ambik awal dan camera tinggal kat dlm ofis pulak..... so pinjam gambar dari blog Hanieliza... hampir sama colour dan bentuk kek yang buatkan untuk Die juga.... Die ode Kek coklat kukus 1kg dan marble cake juga 1kg... thanks Die...

Saya mencuba resepi dari blog Tiffinbiru untuk marble cake... jom semak resepi yang telah diubahsuai skit:-

300gm butter

280gm tepung gandum*

1 sudu besar tepung susu*

1 sudu kecil baking powder* (ayak semua bahan bertanda *)

5 biji telur gred A

1 sudu besar ovallet

250gm gula halus

50gm susu cair

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar mocha paste

cara-cara:-

  1. Putar mentega hingga pucat dan kemudian masukkan bahan yang telah diayak, ketepikan.
  2. Putar telur, gula dan ovallete hingga kembang dengan speed laju.
  3. Kemudian masukkan bahan no 1 kedalam no 2 sikit-sikit sambil putar dengan medium speed.
  4. masukkan pula susu dan esen vanilla putar sebati.
  5. bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 adunan ditambah mocha paste
  6. guna loyang 8x8x3 masukkan adunan berselangseli hingga habis
  7. bakar pada suhu 175' selama 45 minit hingga 1 jam

Selamat mencuba


suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Monday, September 20, 2010

Kek Nur Irdina Sofea

Kek Coklat Kukus +-1.0kg with edible RM30.00
Salam....
Hari ini siapkan sebiji kek untuk Pn. Mariam.... kek besday utk anak bongsunya Baby.... Nur Irdina Sofea Selamat Hari Jadi yang ke 5 ya.... semoga jadi anak yang solehah.... tq
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Saturday, September 18, 2010

Fruit Flan Cake

Salam...
hari ini puas berjalan menghadiri open house dan kenduri.... so mlm ni buatkan sebiji kek utk adik-2 makan.... ok enjoy the cake



suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Thursday, September 16, 2010

CUPCAKE-siap deco hadiah utk Pasangan Azuwan dan Sheela

Cupcake RM1.50 each

Salam...
2 hari berturut-turut penat menyaipkan tempahan 1000 biji cupcake (plain) utk Cikgu Juzaida.. cupcake itu sempena majlis perkahwinan adik beliau... banyak juga tempahan tu... so saya pun hadiahkan sekotak cupcake yang ada deco (gambar atas) ... terima kasih
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

kek coklat kukus-cikgu musyadi

Kek coklat kukus +-2.0kg with edible RM55.00

Salam.....
Semalam siapkan 2 biji kek untuk cikgu musyadi dari sek ren penanti, salah satunya ialah kek coklat kukus dan kek butter perisa oren 1kg...... kek ini ditempah untuk harijadi anak sulungnya.. Selamat Hari Jadi dan semoga kak long menjadi anak yang solehah... terima kasih
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Wednesday, September 15, 2010

cupcake balas dulang cousin

cupcake oren with deco RM1.50 each

Salam... isnin 13/9 lalu cousin kawin... so buatlah cupcake utk balas dulang pihak lelaki... semoga berbahagia hendaknya... SELAMAT PENGANTIN BARU suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Tuesday, September 7, 2010

BISKUT BUNGA CINA

Salam...
hari ini berjaya juga siapkan biskut bunga cina ni... alhamdulillah sebelum ni dok asyik siapkan tempahan dan tak dan nak buat kuih kegemaran ni... so berjaya juga akhirnya... buat kat jengka ni... jauh....
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

TAT GULUNG


Salam...
Hari ini berjaya menyiapkan Tat gulung kat umah Kak Cik... hebatnya guna mesin brand Falcon... mudah sangat... tak sakit pun tangan nak menekan doh... mesin siapkan dari proses menguli sampailah keluarkan doh... potong ja doh tu then isi jem nenas...
resepinya:-

Bahan-bahan:-
460 gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm tepung kastard
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
30gm gula halus
250gm butter

inti
jem nenas secukupnya

hiasan
1 biji kuning telur
2 titis pewarna kuning telur

  1. Satukan semua bahan dan uli 3 minit (guna mesin) boleh juga guna tangan
  2. Mesin di set menggunakan kepala khas utk tat.
  3. potong doh ikut saiz kegemaran
  4. letakkan jem dan gulung serta atur atas loyang pembakar.
  5. sapu kuning telur
  6. bakar dengan suhu 200' selama 15-20 minit..
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Sunday, September 5, 2010

KEK COKLAT KUKUS - Pn Hamiza

kek coklat kukus +-500gm RM13.00

Salam...
semalam dalam kesibukan packing utk balik beraya di Pahang... siapkan juga tempahan Pn. Hamiza, JKM.... kek utk suami... thanks... suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Thursday, September 2, 2010

SALAM RAYA

SALAM...
DIKESEMPATAN INI SAYA INGIN MEMOHON MAAF ATAS SEGALA TINDAK TANDUK DAN PERKATAAN SAYA YANG MUNGKIN MENYINGGUNG ANDA...
SEMOGA KITA DAPAT BERHARI RAYA DENGAN MERIAH BERSAMA KELUARGA TERSAYANG....
MAAF ZAHIR DAN BATIN....
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

MUFFIN-lagi

Muffin strawberry RM1.00 each

Ini pula tempahan dari student nak 50 biji dan pack 10biji setiap bekas.... bawa balik kampung ni... thanks....
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

KEK COKLAT KUKUS-Hasnieza

kek coklat kukus +-500gm RM13.00

Salam....
Hari ini juga siapkan banyak kek coklat dlm bekas RM3.00... dan sediakan juga tempahan Pn. Hasnieza... saja buat mkn dirumah pengasuh anaknya Haikal... thanks...
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

FRUIT FLAN CAKE

fruit flan cake +-800gm RM18.00 each

fruit flan cake +-1.5kg RM28.00

Salam...
Alhamdulillah semalam siapkan tempahan student dan Cikgu-2 sekolah Ren. Bandar perda. 3 biji fruit flan saiz kecil dan 2 biji saiz sederhana... thanks
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Wednesday, September 1, 2010

MUFFIN-Faizah

muffin strawberry RM1.00 each
Salam...
muffin ini ditempah oleh Pn. Faizah utk diberikan kepada anak-anak kelasnya.... semua 40 biji.... thanks ok.... suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

KEK COKLAT KUKUS-RM3.00

kek coklat kukus +-150gm RM3.00

kek coklat kukus +-150gm RM3.00

Salam...
hari dan esok ada ode utk kek coklat kukus RM3.00 nih... so harap diberi kesihatan dan kekuatan utk siapkan semua tempahan sebelum nak mula bercuti sabtu nih 4/9/2010... yahoooo... balik raya pahang....


suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

KEK COKLAT KUKUS- ibu Pn. Marsitah

kek coklat kukus +-500gm RM13.00
Salam....
Semalam dlm jam 9.41pm dpt sms dari Pn. Marsitah utk sediakan kek sempena birthday mak hari ni... nasib baik memang nak kukus kek semalam... so adalah rezeki Mas... thanks... semoga panjang umur ya....


suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

IKLAN