PESANAN PENAJA

Monday, June 28, 2010

KEK COKLAT KUKUS - utk isteri tercinta

salam...
Entry hari ni pula memaparkan kek harijadi utk isteri tercinta... tempahan dari cikgu Rezuan (cikgu sekolah suami)... minta buatkan kek yang romantik dan ada bunga... alhamdulillah berjaya disiapkan... harap berpuashati dan sambutan harijadi isteri beliau akan meriah dan penuh dengan bunga-bunga cinta... terima kasih....
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

KEK COKLAT KUKUS - ultraman

salam...
Entry hari ini memaparkan kek coklat kukus tempahan Pn. Mariati utk anak lelakinya... nak gambar ultraman... so ini sahaja gambar yg dpt dicari... anyway kek kali ini saya memberanikan diri menggunakan warna biru kuning... harap berpuashati... terima kasih...
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Thursday, June 24, 2010

KEK COKLAT KUKUS UTK PELBAGAI KERAIAN

SALAM...
entry hari nih saya paparkan tempahan kwn-2 ofis... terima kasih Pn Farah azua.. semoga anniversary kali nih meriah dan penuh kegembiraan...


terima kasih juga utk Pn. Juliana ... tempahan kek yang sama dengan Pn Marsitah... kek Ben 10 untuk anak kembarnya....

Ini pula Kek tempahan Pn Rasyidah.... kek Ben 10 (2 kg)... terima kasih......
semua tempahan diatas adalah kek coklat kukus.......


suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Wednesday, June 23, 2010

SEMPENA HARI JADI ANAK KESAYANGAN

Kek coklat kukus (1kg +-) + edible image
SALAM...


Entry hari ini memaparkan tempahan kek coklat kukus (1+-kg ) dihiasi dengan edible image BEN 10, terima kasih kepada Pn. Marsitah yg sudi menempah... Harap anak-anak dan keluarga suka mkn kek ini... teruja juga membuat kek ini... menggunakan nozzle baru dibeli ketika musim cuti sekolah di Bangi.. Terima kasih juga kepada Kak Lina (babycakes2u) yang sudi menemani dan memberi tunjuk ajar ketika memilih barangan kek di Bangi tempoh hari....
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Tuesday, June 22, 2010

CUPCAKES

DECORATED CUPCAKE = RM1.50 SEBIJI (MINIMUM ODER 16 BIJI)

salam...
Entry kali ini memaparkan cupcakes hasil dekorasi pertama saya...
selama ini hanya melawat dan melihat blog-2 org lain yang sgt cantik hiasan cupcakes mereka..
so alhamdulillah tempahan pertama dan dekorasi pertama disiapkan dan dipaparkan dlm blog ini...
terima kasih pada officemate hubby yg sudi menempah cupcakes di atas untuk dihadiahkan kepada

bapanya sempena hari bapa... terima kasih suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Thursday, June 17, 2010

SIAKAP SWEET SOUR

SALAM... entry kali nih memang special... ha tengok tu siakap 1.5 kg hasil casting suamiku di kg tanjung batu (rumah kakak ipar sulung).. rezeki sesudah subuh nih...... hahaha malam nya kami buat sweet sour ikan nih... mulanya kakak ipar suruh jual ja... ish mana boleh... so selepas maghrib aku mula mengodek bahan utk buat sweet sour siakap nih....
Bahan-2 untuk ikan siakap goreng:-
seekor ikan siakap dicuci bersih
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar tepung jagung
cara-2:-
1. Panaskan minyak masak untuk mengoreng secukupnya
2. Lumur ikan dengan kicap masin
3. kemudian lumur pula dengan tepung jagung
4. Pastikan minyak betul-2 panas sebelum masukkan ikan
5. Goreng hingga garing
6. Angkat dan toskan kemudian letak di dalam pinggan yang sesuai dan menarik...
Bahan-2 untuk sos:
1/2 biji nenas muda*
3 tangkai cili merah*
1 biji tomato*
2 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
4 sudu besar sos cili
sedikit garam
2-3 sudu besar gula
Bahan-2 untuk rampai dalam sos:
sedikit nenas dipotong dadu
sedikit timun dipotong dadu
sedikit tomato dipotong dadu
cili merah @ sili padi diketuk
cara-2
1. Semua bahan bertanda * diatas di blend halus
2. Gunakan sedikit minyak untuk menumis semua bahan blend tadi
3. Biar mendidih, kemudian masukkan sos cili garam dan gula secukup rasa
4. Masukkan semua bahan rampai yang telah didadukan tadi
5. Biar mendidih lagi sehingga pekat
6. Siap bolehlah dicurahkan atas ikan siakap yang telah digoreng garing terlebih dahulu
7. Hiaslah ikut kesukaan anda.....

SELAMAT MENCUBA........
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Friday, June 11, 2010

RESEPI GULAI PATIN TEMPOYAK

Salam...
hahaha... alhamdulillah hari ni dpt mkn ikan patin fresh... balik kampung tak lengkap jika tak dapat makan gulai tempoyak ikan patin nih... hemmm resepi anda semua sedia maklum saya rasa... cukup enak...
di sini saya berkongsi resepi dgn anda:
bahan-2 utk seekor ikan patin sederhana besar.

segenggam cili padi (boleh kurang ikut tahap kepedasan yang disukai)
1 inci kunyit hidup
2 sudu makan tempoyak
3 cawan air
daun kesum
cara-2
1. Semua bahan diatas diblend kecuali daun kesum....
2. Masukkan bahan blend dengan ikan patin dan daun kesum dalam periuk dan rebus sehingga mendidih
3. Masukkan garam dan (gula jika suka) secukup rasa...
4. Jika tempoyak kurang masam boleh tambah asam keping
Cubalah.....


ha ini pula fruit flan cake yg aku buat utk santapan ptg nih.... semua suka.. dan komen mereka.. 1st time mkn cake gini... tgk gambar tu... dan 3/4 kena ngappppp.....


buat 2 versi... bulat dan bujur... mana-2 pun sama ja rasanya... tapi bekas je yg lain... buat pun simple ja,,, tak byk guna buah... peach, apple n limau ja... anyway masih menyelerakan...

suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Friday, June 4, 2010

KEK COKLAT KUKUS juga

salam...
entry kali ini hanya nak memaparkan beberapa kek tempahan kwn-2 hubby.... semuanya kek coklat kukus.. tq



suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

IKLAN