PESANAN PENAJA

Thursday, June 17, 2010

SIAKAP SWEET SOUR

SALAM... entry kali nih memang special... ha tengok tu siakap 1.5 kg hasil casting suamiku di kg tanjung batu (rumah kakak ipar sulung).. rezeki sesudah subuh nih...... hahaha malam nya kami buat sweet sour ikan nih... mulanya kakak ipar suruh jual ja... ish mana boleh... so selepas maghrib aku mula mengodek bahan utk buat sweet sour siakap nih....
Bahan-2 untuk ikan siakap goreng:-
seekor ikan siakap dicuci bersih
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar tepung jagung
cara-2:-
1. Panaskan minyak masak untuk mengoreng secukupnya
2. Lumur ikan dengan kicap masin
3. kemudian lumur pula dengan tepung jagung
4. Pastikan minyak betul-2 panas sebelum masukkan ikan
5. Goreng hingga garing
6. Angkat dan toskan kemudian letak di dalam pinggan yang sesuai dan menarik...
Bahan-2 untuk sos:
1/2 biji nenas muda*
3 tangkai cili merah*
1 biji tomato*
2 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
4 sudu besar sos cili
sedikit garam
2-3 sudu besar gula
Bahan-2 untuk rampai dalam sos:
sedikit nenas dipotong dadu
sedikit timun dipotong dadu
sedikit tomato dipotong dadu
cili merah @ sili padi diketuk
cara-2
1. Semua bahan bertanda * diatas di blend halus
2. Gunakan sedikit minyak untuk menumis semua bahan blend tadi
3. Biar mendidih, kemudian masukkan sos cili garam dan gula secukup rasa
4. Masukkan semua bahan rampai yang telah didadukan tadi
5. Biar mendidih lagi sehingga pekat
6. Siap bolehlah dicurahkan atas ikan siakap yang telah digoreng garing terlebih dahulu
7. Hiaslah ikut kesukaan anda.....

SELAMAT MENCUBA........
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

No comments:

Post a Comment

IKLAN