PESANAN PENAJA

Tuesday, July 20, 2010

SHORTBREAD

salam...
Hari ni terasa nak kongsi resepi Shortbread dengan kawan-kawan..
tak ingat resepi nih ambik mana... tapi yg penting mudah dan cepat, nak buat nih kena ada loyang khas tau:-



Base biscuit:-
240 gm tepung gandum
100 gm gula halus
90 gm susu tepung
80 gm serbuk badam
200 gm butter (saya guna brand buttercup)

cara-cara:-
1. gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan menjadi serbuk (jgn uli)
2. ratakan didalam loyang shortbread.
3. tekan pemotong ke dalam loyang
4. bakar dengan suhu 160 darjah selama 15-20 minit
5. selepas masak, keluarkan pemotong dari loyang dan sejukkan biskut.

topping:-
300 gm coklat masakan (saya guna byk utk lebih rasa coklat)
25 gm coklat putih (boleh guna coklat perasa oren/stramberry/pandan juga)

cara-cara:-
1. cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler
2. curahkan atas biskut yang telah disejukkan
3. ratakan coklat.
4. cairkan pula coklat putih dan masukkan dalam piping bag (buat lubang halus)
5. buat garisan lurus atas setiap biskut
6. buat sehingga habis coklat putih
7. guna lidi untuk membuat lorekan lawan arus atas garisan coklat putih tadi
8. masukkan kembali pemotong dan sejukkan semula sebelum tanggalkan pemotong..

SELAMAT MENCUBA (KALAU MALAS ODE JA DGN SAYA)
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

No comments:

Post a Comment

IKLAN