Salam...
Hari ini berjaya menyiapkan Tat gulung kat umah Kak Cik... hebatnya guna mesin brand Falcon... mudah sangat... tak sakit pun tangan nak menekan doh... mesin siapkan dari proses menguli sampailah keluarkan doh... potong ja doh tu then isi jem nenas...
resepinya:-
Bahan-bahan:-
460 gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm tepung kastard
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
30gm gula halus
250gm butter
inti
jem nenas secukupnya
hiasan
1 biji kuning telur
2 titis pewarna kuning telur
- Satukan semua bahan dan uli 3 minit (guna mesin) boleh juga guna tangan
- Mesin di set menggunakan kepala khas utk tat.
- potong doh ikut saiz kegemaran
- letakkan jem dan gulung serta atur atas loyang pembakar.
- sapu kuning telur
- bakar dengan suhu 200' selama 15-20 minit..
No comments:
Post a Comment