PESANAN PENAJA

Sunday, May 16, 2010

KEK COKLAT KUKUS

salam...
ini kek coklat kukus dalam bekas segi 350... rm 3.00 satu

disini saya nak berkongsi resepi mudah utk kek coklat kukus :-

BAHAN-BAHAN:

1 CAWAN GULA KASAR (DIBLEND HALUS)

1 CAWAN SUSU PERISA COKLAT

1 CAWAN MINYAK JAGUNG

1 CAWAN SERBUK KOKO (boleh kurangkan 3/4 cawan)

1 CAWAN SUSU PEKAT MANIS (BOLEH KURANGKAN KE 1/2 CWN)

GAUL KAN SEMUA BAHAN DIATAS INI HINGGA SEBATI, KEMUDIAN MASUKKAN

3 BIJI TELUR

KACAU RATA LAGI, KEMUDIAN AYAK BAHAN DIBAWAH:-

1 CAWAN TEPUNG GANDUM (guna 1 1/4 cawan if serbuk koko guna 3/4 cwn)

1 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT

1 SUDU KECIL BAKING POWDER

MASUKKAN BAHAN DIAYAK INI DIDALAM ADUNAN ATAS TADI...

TUANG DIDALAM LOYANG 9 INCI... TUTUP DGN FOIL...

KUKUS SELAMA 1 JAM...

PASTIKAN AIR MENDIDIH TERLEBIH DAHULU YA...

BILA KEK MASAK DAN DISEJUKKAN:

TOPPING PULA...

125 GM COOKING COKLAT

6 SUDU SUSU CAIR/ SUSU PERISA COKLAT PUN OK

1 SUDU BUTTER

SATUKAN SEMUA DAN CAIRKAN MENGGUNAKAN KAEDAH DOUBLE BOILER...

BILA SEMUA SUDAH LARUT... SEJUKKAN SEBENTAR ATAU COKLAT NAMPAK LEBIH LIKAT.... CURAHKAN ATAS KEK ANDA...

DIBAWAH ADALAH KOLEKSI TEMPAHAN KAWAN-2 UTK KEK COKLAT KUKUS

tempahan dari cikgu sekolah Hubby untuk anaknya.... coklat kukus 1kg.... tq


lagi tempahan dari Suraya untuk kakaknya mimi... kek coklat kukus 500gm RM15.00 sebiji....



ini kek utk anak saya sendiri Ahmad Naqiuddin .....






suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

3 comments:

  1. Mahal la modal nak buat kek nih terutama, cooking chocolate, dan pelbagai jenis susu tu

    ReplyDelete
  2. KOS MAHAL TAPI BILA JUAL CUSTOMER MAKAN PASTI NAK LAGI....
    SEDAP.....

    ReplyDelete
  3. salam awak ajr tak cara menghias bc..

    ReplyDelete

IKLAN