PESANAN PENAJA

Thursday, May 22, 2014

RESEPI LASAGNA SIMPLE

GAMBAR IHSAN GOOGLE 
GAMBAR YANG BUAT SENDIRI DAH NGAP DULU BARU PIKIR NAK SNAP...

Setelah sekian lama tak update resepi, ni baru lah nak bagi resepi baru yang digunakan untuk buat Hot Sale sekarang di Sek Tok Bedor... LASAGNA....

IHSAN GOOGLE


Bahan-2 Sos Putih:-

2 Sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu full cream
1 cawan air
5-7 keping keju (cheesedale)
garam secukupnya

Bahan-2 Sos daging:-

3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 batang daun saderi
1 biji lada benggala (jika suka)
Serbuk daun oregano
400gm daging cincang (sepeket jenama Ramly)
Sebotol kecil sos spageti Kimball (original @ any flavour yang disukai)
sos cili secukupnya (ikut tahap pedas yg anda suka)
secawan air

LANGKAH-LANGKAH:-

1. Atur lasagna (9-10 keping saiz large instant lasagna) dalam dulang ( bukan bekas untuk membakar lagi ya, just nak kembangkan) kemudian rendam kepingan lasagna dengan air panas mendidih (jangan bertindan utk elak melekat). Biarkan sementara siapkan sos lain.

2.Panaskan periuk dengan api sederhana, masukkan 2 sudu mentega hingga cair, masukkan pula tepung gandum sambil kacau untuk elak berketul, terus masukkan susu dan air, kacau hingga tepung larut. biar mengelegak sebentar, tetapi kena kerap kacau utk elak hangit bahagian bawah. kemudian masukkan keju cheesedale dan garam, terus kacau hingga semua keju cair. tutup api.

3. Dalam periuk yang lain, panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih dan besar yang dipotong dadu. masukkan daging cincang serta air, kacau untuk elak daging berketul. boleh terus masukkan batang saderi yang di cincang halus untuk elak bau hamis daging. seterusnya masukkan sos spageti dan sos cili. saya akan biarkan mendidih selama 15 minit untuk lembutkan daging dengan api sederhana. setelah itu bolehlah masukkan lada benggala yang dipotong dadu juga. serta perasakan dengan garam. siap.




4. Sekarang untuk layer semua bahan atas, atur kepingan lasagna yang sudah kembang berbanding saiz asal tadi ke dalam loyang pembakar, sendukkan sos daging dan ratakan atas lapisan lasagna tadi, kemudian sendukkan sos putih dan ratakan. ulang langkah ini hingga 3 lapisan atau sehingga bahan habis. lapisan atas mestilah dengan sos putih dan kalau nak lazat lagi parut keju cheddar. kemudian bakar selama 30-45 minit dengan suhu 160 darjah.

selamat mencuba....







suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

No comments:

Post a Comment

IKLAN